"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan."


Saturday, May 7, 2011

Selamat Ary MaMa~




bismillah
assalamualaykum


emm...

Maaf ma...
sebab bebankan mama membawa angah dalam kandungan lebih sembilan bulan. Sebab angah, mama mual. Sebab angah mak kena memilih makan. Sebab angah, mama tak larat ke sana sini. Sebab berat. Aper yang angah tahu...

Maaf ma...
bila kesabaran mama teruji di kala membesarkan saya. Bila angah meragam terjaga tengah malam. Bila angah lapar mahukan susu. Bila angah tak mahu tidur. Bila angah menangis tak tahu sebab. Bila sakit angah susah sangat nak makan ubat. Memang angah kurang tahu...

Maaf ma...
bila mama kena bangun awal pagi untuk kejut dan sediakan sarapan untuk angah sebelum ke sekolah. Kena gosok baju sekolah angah. Kena kapur kasut sekolah angah. Kena sedia duit belanja. Kena hantar angah pergi sekolah. Kena panggil dengan cikgu datang sekolah sebab angah nakal. Kena sabar bila angah tak cemerlang dalam peperiksaan (atau dak adek) hehe. angaha tak sedar...

Maaf ma...
kerana mama menangis untuk melepaskan saya keluar rumah buat pertama kali untuk sambung belajar, mencari erti berdikari (masuk sbpi kt corok benua uh ) . angah tahu angah banyak silap.Kerana jarang-jarang telefon rumah dan cakap dengan mama. Kerana asyik mintak duit blanje. Kerana bila balik cuti angah asyik berkurung, tidur. Kerana angah tak menolong di rumah. Kerana internet dan facebook lebih menarik minat diri ini. Saya tahu, tapi kurang sedar...

Maaf ma...
kerna harus menghadapi masa remaja angah. Masa hormon angah mula bergolak. Masa angah mula memberontak. Masa angah ikut suka hati nak buat apa. Masa kita menghadapi pertengkaran pertama kita. Masa angah kurang ajar. angah tahu, angah sedar ma, tapi angah kurang peduli.....

Maaf ma...
saya kurang luangkan masa dengan mama bila angah dah besau. angah lebih banyak bersuka ria dengan kawan-kawan. Untuk angah lebih. Untuk mama kurang. angah peduli tapi lupa...diri kjap . hehe


Mama...
ucapan maaf mungkin sangat mudah. Terlalu murah. Tak semenggah. Tak cukup indah.





Izinkan angah untuk terus menjadi anak mama ~~
(bce mcm nada org slalu ckp lam drama). wakakakaka





SeLaMaT HaRi iBu~~~

khas utk PUAN ANIM BTE ABDUL KADIR~

p/s: toksah la tuntut adiah dri taun lpas...naek penin pale ouh...tak panjang2 rmbut dibuatnye nih ha.. kekekeke ... xD p mintak dak along~~













2 comments: