"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan."


Thursday, October 6, 2011

bila takde keje



bismillah

assalamualaykum



disclaimer: post kali ini sekadar membidas idea2 atau listing dari blog terfaktab yang amat terkenal dengan posting2 cintan yang berkenaan LELAKI GRED F... tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.. apetah lagi nak menyinggung penulis post tersebut.. sekadar suke aku lah nak tulis~

singgah menyinggah blog terfaktab tu, aku terbaca listing supaya girls2 comel dan bajet comel luar sana patut elak beberapa kriteria lelaki yang digelar LELAKI GRED F.. seperti mana tahu, F amat sinonim dengan FAIL, bukan FARAH, bukan FAIZAH, bukan perkataan maki skalipun.. tapi yang amat mengguris hati lelaki sederhana seperti aku bile melihat listing ini sangat judgemental.. mari ulas2.. sebab aku pon takde keje di hari ini.. sume dah buat..


1. Berlagak single padahal dah ada teman wanita.

2. Tidak dapat memberi sepenuh komitment kepada kekasih hati sendiri.

3. Emosional mengalahkan perempuan sewaktu marah. Minta simpati orang ramai akan masalah yang dihadapinya. Cerita itu ini macam gempak untuk simpati orang. Attention seekers!

4. Pemikiran seperti kekanak ribena yang macam tak cukup menetek susu ibu semasa menangani masalah peribadi walaupun sudah bukan awal remaja.

5. Tidak pernah menghargai apa yang awek dia lakukan untuk dirinya. Hanya tahu complain apa yang tidak kena pada aweknya. Cuba belajar menghargai.




okeh.. berikut adalah sedikit kriteria yang dipetik dari post tersebut.. mari komen2:

1) Ramai lelaki yang digelar gred F sebab berlagak single tapi da ade awek.. pada hemat saya (skema) kenyataan dibuat daripada sikap skeptikal wanita. lantaran bersikap prejudis kepada teman lelaki anda, anda menggelar lelaki ini sebagai gred F.. awek2 comel sekalian harus sedia maklum, hatta ayah anda sekalipun mahu terasa muda dan sedikit2 menggatal sehingga membawa kepada lagak orang bujang.. adakah anda perasan? so adakah ayah anda seorang lelaki gred F? sikap natural lelaki sebagai hunter, menyebabkan beliau bersikap acuh tak acuh malahan berlagak seperti seorang single, walhal ade awek.. ini adalah kerana beliau mahu menguji kesenangan awek comel lain untuk bersaing dengan awek beliau supaya makin teserlah best things out from awek beliau. semestinya dihati beliau sememangnya hanya ada anda sorang saje.. yeeha.. make sense right. so jangan skeptikal.. lelaki memang camtu



2) Bicara soal komitmen.. adakah itu silap sebelah pihak lelaki sahaja sehingga anda menggredkan mereka F? cuba lihat komitmen anda pula kepada lelaki.. siapa yang paling awal ke tempat bertemu, siapa yang tunggu dalam kereta tatkala mahu menjemput anda sedangkan anda baru nak terkial2 mengenakan mekap dan tudung ana takjima anda tu (rimas oke).. hurgh.. so macam mana seorang yang tak komit sekomitnya boleh menggelar lelaki tak komit sepenuh hati? walhal beliau sanggup menempuh wajah ayahanda anda yang garang macam sarjan misai untuk memintak permission, walhal anda tak sekelumit ingat pun nak berkawan dengan ummi lelaki anda yang seredup ayu tenang Prof Muhayah Dari Mata Ke Hati di astro Oasis itu~ anda komited sangat lah kan! huhhh!


3) Emosi. satu kata adjektif yang sangat mudah tersembur dikala berlaku pertelingkahan dalam perhubungan.. lelaki selalunya dikaitkan dengan terlebih emosi bila marah.. heh mestilah emosi bile marah, takkan lak senyum ketupat benyek time ngah marah sebab awak lambat kua rumah, saye tunggu 2 jam dah?! sememangnya banyak nasihat supaya kita mengawal kesabaran.. but kadangkala, emosi mampu membenam iman pasangan anda walaupun dahi pasangan anda jenis hitam dek banyak sujud.. so emosi sebab ape? sebab perangai anda lah jugak kan.. or maybe lelaki anda tu ade masalah sampingan yang die takmau share dengan anda sebab die nak jaga anda punye rupa, jangan dok kerut sama macam die memikirkan masalah.. lelaki kerut tape, makin kerut makin macho.. perempuan kerut?? AWHHHH! berkenaan attention seekers, dok jaja cerita mana pi lah suma tu.. statistik menunjukkan, lelaki lebih suka memendam rasa daripada bercerita sana sini meminta perhatian.. sedangkan wanita akan menjaja lebih cerita kat BFF anda sekalian.. yep.. tak menolak sangkaan lelaki pun ade naluri nak sharing cerita, mostly kepada kawan2 wanita mereka yang lain, sekadar mendapatkan pandangan.. pasni nak pujuk camna.. the reason why dok cite kat awek2, eh kawan2 pempuan yang lain adalah kerana, kalau cite kat lelaki, kompem side lelaki soh break cari len.. tapi bile cite2 kat awek, eh lagi kawan pompuan len korang lak cemburu buta.. see, sape lagi emosi skang.. gaduh remeh temeh merajuk cam hape... see lelaki, gaduh sket, sok tu da pujuk blek.. ye abang salah.. deng! itu lagi korang gelar gred F???


4) Berkenaan childishness memang wujud dalam sanubari lelaki.. kadang2 aku pon rimas tengok.. tapi dalam kekalutan inilah sepatutnya korang melengkapkan jiwa beliau lelaki dengan bertindak seperti wanita pilihan.. tenang dalam semua perkara.. kalau korang pun melatah, problem yang sikit pun akan jadilah besar.. sememangnya masalah peribadi adalah sangat sukar untuk ditangani.. korang tak kena, memang lah korang cakap senang bawak bersabar.. cuba korang kena, tak menitis air mata, jangan panggil aku hensem.. sebab masalah pribadi adalah king of segala masalah.. masalah duit leh setel, masalah fail add math leh push study, masalah tak dapat interview keje leh shoot CV kat kampeni len.. but masalah peribadi, ya peribadi, so watpe aku nak explain, peribadi kot! itu adalah masalah yang rumit tumit.. kadang2 lelaki boleh terbawak2, so anda lah awek2 comel kiut yang declare nak idup susah senang, nak jadi rusuk kiri lelaki lah ape lah.. stay calm and cool.. baru la lelaki sayang gile kat korang.. ni timbul masalah sket, korang cabut.. pastu gred2 kan orang F plak.. heyyyyhhh


5) Menghargai.. macam mana korang menilai suatu penghargaan.. kadangkala suatu komen dan komplen itu adalah satu bentuk penghargaan sebenarnya.. cube korang masak untuk lelaki anda yang hensem2 tu, pastu die loloh masuk tekak pastu tak komen tak komplain kurang rase ke, masin sangat ke.. pastu die wat cungkil gigi and cucuh rokok tanda puas. korang nilai itu sebagai ape? sebaliknye kalau awek2 kiut luar sana masakkan untuk aku, kompem aku bagi das2 komen either membina atau bergurau jenaka kutuk2.. adalah semata menghargai masakan.. selepas burpppp alhamdulillah, maka adalah itu suatu pujian.. tapi korang yang emosi lebey, kene drop sket kutuk sket dah melatah kate lelaki korang tak menghargai.. heypp.. korang tunjuk cara ke menghargai ke lelaki korang yang sanggup makan megi semata2 nak isi tabung adiahkan teddy bear atau kad untuk anda atau menyediakan belanja time dating dengan anda? sekadar kate2 terima kasih jek kan.. lepas tu buat gedik2 bajet manja bajet kiut depan kami lelaki2.. huh.. pastu kami tak layan gedik2 anda tu, anda cakap kami tak menghargai.. so gred F.. humpphhhh


kesimpulan: bila anda menilai lelaki anda dengan penilaian yang berat sebelah, anda adalah tidak bersyukur dengan apa yang lelaki anda ade.. so jangan lah cakap yang anda sejenis girl comel yang menerima seadanya lelaki anda.. sebab anda PENIPU! menipu diri anda.. dah la demand nak lelaki cam lee min ho.. muke anda jerawat kelip2 tak sudah, bile lelaki anda nasihat kan anda soh wat facial, anda merungut kate tak terime seadanya.. haihh..


good quotation yang aku dapat time jalan2 fb: some girls claim they want a good guy, but when they meet one, they said he is "just a friend". then they fall for a player and get their heart broken, then they have the nerve to say "all guys are the same"~ so cermin besar ade, tengok diri sendiri macam mana~