"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan."


Tuesday, April 5, 2011

me na rik

hoyeah?? dah sminggu lam blan april, da lame rasenyer.. ape ni cam tak terase mase berlalu... walau banyak agenda da berlaku, tapi apsal rase cam urmm baru je cam baru sangat2... nikmat masa dah ilang... adoy... betol la kate ustaz, mase kite ni berlalu macam antara iqamat dan solat, itulah hidup... sekejap sangat... urgh... tapi saya suka.. tetap suka menanti mulanya hari hari baru...hehe...barua...~


baru dapat ilmu baru, Saidina Umar seorang yang pemarah, garang, bengis berani.. tapi dalam hatinya ada kelembutan, cool tiap masa... aku mahu seperti itu, garang, bengis, berani, pemarah, tapi hati ibarat coklat dipancar matahari, lembut cair dan cool tiap mase..yek... (umphh, nyata skali awek2 skang nak lelaki2 budiman yang kononya cool, tapi my point of view, lidah je lembut ati jauh sekali... what say u??? renung2kan meh)



ilmu baru lagi dari standup comedian terhebat, alaa lupelak name die, yang suara zebra dalam madagascar tuh... die kate:



first kiss is the one yang betul2 tulus dari hati... sebab yang lain2 lepas tu adalah protokol... "hey, lama tak jumpa" *kiss*... "eh abang dah balik" *kiss*... "miss u love u" *kiss*... tapi first kiss yang paling mahal, paling rare, paling terasa dalam sanubari, sesudah itu hanya rutin, same jeh cam cakap love u, sayang awak, rindu awak... lama2 its only a routine yang one day nanti youll never appreciate.... goooood point dude~ (so, pandai2 lah ye adik2, abang pon bukan baik sangat nak nasihat2 orang)



smlm yang indah ceria dengan membelasah adik dalam winning 11... rupenye beliau sudah pun fight2... atau aku yang da makin worse... hepi hepi hepi...



selesai repair kereta... now aku lebih faham sistem aircond... thanks pade mamat itu... tolong ajar... siap hands on approach... aku lak kene pasang... tapi cool lah... suke suke suke



now mengidamkan kamera dslr... ntah nape... mungkin gaya hidup jejaka lonely perlu ade dslr... alaaa cam lagenda budak setan plak kan... suke amek2 gamba... pastu edit... i on my way belajar edit again gune CS3... haha.. dulu da belajar da CS2 dari mamat kacamata yang kurindu.... afro aka budak sial... hihih... ... i miss u ollll.... (gay sangat) tapi rindu keletah kawan2... nanti korang2 da kawen, sure perasaan ini akan menebal... korang pon bukan mude lagi... da lagi bape2 taon sume da gatal nak bebini... urghhh aku gak kene tunggu 9-sploh taon lagi... down!



lepas ni nak belajar memasak plak... pastu blajar alter kete, pastu buat kek, pastu ape lagi yang aku nak belajar ea.... bes plak rase blajar bende2 yang informal ni... soft skills meningkat... seronok seronok ...



semalam ke town, berjumpe akak sowg nih....comel gileeee anak beliau... i da la taleh tengok baby2 comel ni... hihihi.. jiwa papa sangat nii.... pastu tembung bekas anak murid mama.... wahhh... chaannntteekkk... mama merekemen... dah form 4... aku cam biase, macho kejantanan... malas layan kate2 mama... payah lah kalau da terpikat mak aku ni... =.= tapi oke2 laa, sopan, putih, tinggi... pe kate ma, nanti mama carikan je untuk angah... da malas dah bende2 ni.... so uncool~haha



sebelum end this post, mari soroti post yg aku ready made taip mlm td (gadis2, jangan marah, tak semestinye bawah ni semua betul):


1. Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri. Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda. Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki-lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda "buaya" atau "pisau cukur". Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang.

Lebihkan berbicara tentang masa hadapan dan dia sebagai satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati anda. Usah banding-bandingkan dia dengan lelaki yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.

2. Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jdi, jangan gatal-gatal cakap itu ini, begitu begini tentang ibunya. Cakap yang baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.

3. Kenapa suka sangat cerita sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri. Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat anggap diri anda bersih. Dia juga akan menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila anda rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. Membocorkan rahsia diri bukanlah caranya untuk hubungan yang aman harmoni.

4. Jika dia telah pun bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan bertambahnya usia. Dia memang tak suka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang anda boleh lakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia. Jangan sekali-kali perlekeh dan perkecilkannya. Dia boleh mengamuk gila.

5. Dia tak suka sama sekali jika dipersalahkan, meskipun jelas dia bersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai ke rumah lewat beberapa jam dari selalu. Lalu anda asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas dengan berbuat begitu.

6. Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos, dengan kawan-kawan, bahkan minat dia pun anda perlu sokong. Jangan tatkala dia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman sekerja, anda tokok tambah lagi serta menyalah-nyalahkannya, ini sangat menyakitkan hatinya. Anda tahu apa yang akan dilakukan selepas itu? Selepas itu dia tidak akan bicara lagi dengan anda. Dia akan mencari orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibanding-bandingkan. Bersiap sedialah untuk diduakan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.

7. Jangan puji lelaki lain di hadapannya. Jika tertarik pun diam saja dan simpan dalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat, memuji-mujinya secara berlebihan akan mengundang rasa tidak senang. Silap-silap dia akan cap anda "gatal".

8. Lelaki penuh dengan keegoaan, Meskipun dia berpendidikan rendah daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila nak buat keputusan. Berikan dia kuasa memimpin. Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak di tangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik bangkang.


notadiri: perghh jangan men gile, kebas jari smpai lutut taip pepanjang...haha

2 comments:

  1. sarel..betol ke ko yg wat 8 nota berkaler pink neh.?? kalau betol bapakla kau hebat dalam berfikir...no wonder la jendul ko semakin hari semakin besarr...hahaha..kidding bro..

    ReplyDelete
  2. zick....only one phrase dat suits u..... sialan punyer budak~

    ReplyDelete