"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan."


Sunday, April 10, 2011

bapa kencing berdiri anak kencing berlari..cucu...errr kencing lari berganti ganti? xD

hai kawan2... sekarang aku da stabil... lekang dari semua kekusutan... dari itu aku pon terfikir2...
tentang satu pepatah melayu ni "bapa borek anak rintik"
secare umum nya kompem korang tau maksud pepatah ni kan...
so aku yang tiadalah berpendidikan tinggi sangat ni nak gak mengupas ketidak relevanan (rosak BM) pepatah ini... kot kalau Dato' Dr Fadhilah Kamsah nak bahas ngan aku sebab die wat research mengenai trait anak yang sama dengan ibu bapa kerana kromosom dan gen yang sama membawa keperibadian yang sama... dalam erti kata lain, kalau bapa garang, anak sure garang... kalau bapa baik, anak sure baik...


hokeh... setelah menempuh pengalaman yang tak bape kentut ni... aku dah dapat spect atau memandang jauh kedalam sanubari manusia... dimana manusia ni, kalau salah sendiri, die takan admit... malah akan sedaya upaya membentuk satu timbunan rasa serba salah keatas orang lain... seyes ni... sebab inti pati diri kita sudah sebati dengan sikap mendefend diri atau memprotect diri (rosak lagi BM)... maka dengan ini, kita dapat lihat yang ibu bapa kita akan memenangkan pihak kita tanpa mendengar sebarang penjelasan pihak lawan (sebab tu mahkamah ada plaintif dan defenden baru adil) dengan hanya mendengar dari sebelah pihak menjadikan situasi win - lose... itu yang telah aku tempuhi... dan agak tragis... (orang2 tertentu je tau)

so mengupas "bapa borek anak rintik" yang menjadi isu utama perbincangan kita sekarang, pandangan aku seorang student sarjana muda ini, yang tak sampai tahap kedoktoran falsafah, sebenarnya keperibadian adalah suatu yang subjektif... seorang bapa yang alim dan warak lagi dihormati tak semestinya anak die menjadi bayangannya, meaning akan jadi macam dia la kan...
dan sorang bapa yang kaki judi dan menganiaya isterinya, tak semestinya anaknya akan menjadi sebagai mana dia...

sebagai contoh umum, filem ANAKKU SAZALI mempamerkan seorang ayah yang caring tahap moksya dan baik, namun melahirkan anak yang rendah sikit tahap jahatnya dari setan... filem melayu pula sering mengadaptasi suasana atau peradaban melayu kita, meaning memang jelas ia berlaku dalam masyarakat kita... kan...

sifat dan keperibadian anak adalah hasil asuhan... bukan dari keturunan... banyak orang bercakap, "hah, bapak menyetan jahatnya, sama la dengan anak nya nanti"... pernah kah makcik2 terfikir yang anak2 makcik tu pon tak kurang setannya.. so makcik dan pakcik setan jua ka... aku turut menyeru pembaca setia, agar cakap guna lah kepala otak yang dikurniakan tuhan beserta akal... jangan lah bercakap dengan hati bersendi nafsu... (itu antara pengajaran yang aku dapat setelah mengalami pengalaman yang menyeksa batin ini)...

ya, aku memang bengis, tapi adekah aku seorang yang marah melulu? mesti ada sebabnya... (see...sifat manusia, protect diri padahal dah salah)... kesimpulannya, pemahaman tentang bapa borek anak rintik ini harus diubah....bapa asuh anak ikut... walaupun tak sedap bunyiknya, tapi faham dan sedarlah... anak adalah hasil asuhan bapa dan ibu... dan si anak pula bertanggungjawab menjaga dirinya dari segala aspek...


itu saje yang dapat aku kupas dikala ini... aku suke korang bersikap optimis, tapi biarlah releven... dan aku hanya bersikap releven... kurang optimis.... sebab itu aku ni susa nak yakin dan percaya kepade orang lain... okey2... jangan tacing... semua penulisan pandangan aku ni layak diguna pakai orang lain... amek la idea aku ini... sebab manusia ni makhluk Allah yang paling sempurna, namun fragile... bertabirkan kebaikan, kadang diselindung keburukan... so beware... maaf kalau ada khilaf, hanya merenung kehadapan beri pandangan...



sebarang bahasa2 kias ku ini harap paham sendiri...

No comments:

Post a Comment