"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan."


Tuesday, June 7, 2011

pon pon~~~~~~




bismillah
assalamualaykum
maybe kowang2 sume melihat aku, syarel si jiwang..lalu mengutuk dalam ati...saye tidak kesah... sebab aku cam ade terase feeling something goin to happen this june... what ha what ha??
da tade keje sgt...dri korek lobang idung , aku melayankan citer ini... sangattttt menacing lah ini crite...
dituju khas pada siapa2 yang berkenaan.... sila perasan diri sendiri


Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan- kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan
sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun
putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap
pasang
mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh
saling
menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada
isterinya...

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang
bagaimana
memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita
", katanya sambil
menunjukkan majalah tersebut.
"Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-halyang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas
bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita
bersama lebih bahagia ...
".
Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan
hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan
tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana
ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang
terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan,
mereka sedia membincangkannya.
"Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia
lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2
muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia
sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai
mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..."
jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang
tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan
berkata dengan bahagia, Sekarang giliran sayang pula membacakan
senaraimu
".


Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun
di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak
ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan
baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang

..."


Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan
cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.
haha...touchy bukan? xD


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan
-Imam Hasan Al-Basr

menyoroti blog penulisan orang lain.. aku tersangkut pada kata2 seorang imam besar.. yeah.. begitu humble seorang pendakwah.. hoho..
ye.. kadang aku rase tersindir jugak.. bile aku share ape2 berkenaan agama.. aku cam rase laa.. terase cam ade baut2 mulut longkang sindiran, tidak pon getaran negatif hati.. "huh, macamlah baik sangat.. nak nasihat orang.. nak nasihat aku.. cermin lah diri tu weyh" kerap kali minda separa sedar aku dapat menangkap bait kata sebegini dari pandangan mata aku kedalam mata kau yang aku nasihati.. kan..




kadang kite rase diri cukup terpelajar.. sebenarnya kite masih lagi jahil.. even jahil dari orang2 homeless.. sebab kite tak cukup teruji.. jadi kenape kite boleh berasa bangga macamlah kite sempurna? hey.. tanye diri.. kau kaya? kau ade kereta? kau ade awek hot? kau ade balak handsome? kau berjawatan tinggi? kau kerja company hebat? kau jutawan? kau bijak pengaruh orang? kau dah rasa cukup sempurna dengan itu? sekali lagi aku cakap, kau belum teruji! sebab tu kadang aku berjalan sorang di mane aje, aku suka tengok orang lain.. tengok pengemis, tengok gadis kepit tangan lelaki, tengok lelaki bangga ade gadis dan pandang sinis aku yang jalan sorangan.. tengok makcik yang belikan makanan untuk dua anaknya dan hanya perlu berkongsi.. tengok budak2 sekolah tahfiz meminta derma, ape salahnya hulurkan RM1? itu yang kau dabik dada rasa diri kau sempurna dengan memandang rendah.. huh..



point aku sebenarnya.. banyak manusia, orang kite, saudara kau, seagama aku, masih bongkak dengan dunia.. padahal pada aku takde ape dah dunia ni.. cuma aku nantikan aku punya family sendiri.. tanggungjawab aku.. pikul dosa anak, pikul dosa isteri, dosa sendiri pun tak terpikul.. urghh.. usahlah.. kalau orang beri nasihat, be humble.. dengar, faham, senyum..


note: berat meningkat melebihi angka 70kg...mungkin pertambahan pahala....ahahahahah XD




No comments:

Post a Comment