p/s : kawan2 tolonglah mesra dan ceriakan idup akuh yg dah gelap sitap nih..heeee..kalau ade yg nak jadi pelita yg sanggup nk menyalai idup sy..sy agreee ..tertakluk kpd terma dan syarat..haha..sy cool jea ..still not being gay~ :B
Wednesday, December 14, 2011
heh..ape?
p/s : kawan2 tolonglah mesra dan ceriakan idup akuh yg dah gelap sitap nih..heeee..kalau ade yg nak jadi pelita yg sanggup nk menyalai idup sy..sy agreee ..tertakluk kpd terma dan syarat..haha..sy cool jea ..still not being gay~ :B
Monday, November 28, 2011
tahun baru..baru ini baru itu
yeh.. seorang spupuku bujang berhijrah kepade hidup berkeluarga.. bukan senang sebenarnya.. yelah.. kau sendiri fikir, kau ngan boyfie/girlfie kau pon slalu gadoh.. da la tak jumpe slalu, men sms ngan fb je, tu pon masalah takley selesai.. ni kan pulak dok sekatil sebantal.. bak kate p.ramlee.. sedangkan lidah lagi tergigit.. hey.. sebab itu aku rase, eh gediknye awek2 fb yang post2 cakap tak sabau nak kawen ni.. ingat senang cam order mcflurry kat counter dessert McD ke?? oh.. mcflurry milo baru tu sedap oh.. gian gwa makan
terus2 membaca blog2.. .. oh my goodies.. dan dari blog2 yang aku bace, (mostly love love story lah ni kan...euuuww sape tak kenal syarel) selalu je mempersalahkan lelaki dalam setiap hal.. okeh, ini list mengapa perempuan benci lelaki:
1) isap rokok.
tak dinafikan rokok itu denjeres.. dan aku pon tak isap sebab bagi aku rm10 untuk sekotak rokok adalah lebih membazir dari sekupon topup untuk aku spend bersms dan call awek2 aku.. har har har.. awek2.. zzz.. ntah nape korang benci sangat penghisap rokok.. bukan sokong, but that is how man releasing their stress.. cam korang gak, dok suka shopping, suka ngumpat.. aku tau la korang stress sebab tu korang ngumpat.. sampaikan bile anugerah AIM yuna kene tarik balik korang umpat la anuar zain itu ini, juri itu ini, producer itu ini.. hey takde kene mengena yuna ngan u allss tau! lagipun, korang yang pilih lelaki korang, apehal taleh terime plak die smoking? bagi pandangan aku lah kan menilai orang.. girls yang suke ke boys itu sebenarnye mencerminkan keperibadian girls tersebut.. so kalu kau girl yang crush ngan boy smoker, my assumption is mulut/perangai/adab/akhlak anda pon bau busuk asap rokok.. got the picture? *kawan2 mesty sdg snyum sinis..uhukk
2) suka tegur/sound
yeh, ini mungkin certain girl je yang bajet2 suke.. sebab dari kenalan aku pon, ramai suke lelaki yang memberi nasihat alias sound in a soft way.. tapi kalau asek kena nasihat, bernanah gak telinga kan.. but dari blog yang aku jumpe ni, die tak suke boy yang suke tetegur, katenye boy cenni tak cermin diri.. means macam lah yang tegur itu baik sangat.. eh, kompem lah yang tegur itu lebih baik hatta sedikit pon dari yang ditegur.. bahkan tidak menjadi satu kesalahan pon kalau kau tidak bertudung untuk ditegur memakai tudung.. mungkin salah silap cara menegur itu kau bingit.. but tegur kerana silap, dan si penegur pon ada silap, tidakkah melayu menyuruh tegur menegur sesame kite.. ah.. serabut ah bahase
hahah.. macam2 lagi lah sebab die bagi 10 ciri.. malas pulak nak komen2.. yang kelakarnye, dari list2 itu, tengok gambar boyfie beliau, elemakaih.. no komen.. hati kecil berkata, baik lah sangat kannn.. kan aku cakap, aku memang boleh kenal jenis lelaki, dari appearance dan kawan2nye.. oke Allah sayang dorg..apsal ak nk kutuk..wohh
ape pon, ditahun baru ini, marilah kite membawa diri kite ke arah lebih baik.. untuk lovers2 luar sana, kalau nak bercinta, tayah cakap kau ikhlas kalau kau demand something dari pasangan kau.. ya, itu aku dulu.. now? ntah.. takde progress.. but still happy with life bestowed upon me~
tahun baru..buku baru..tp dosa lama simpan lg blum liquid..jgn buad2 lupe dosa tuh..isk3
doakan ak adap final sem lg sminggu..adoi..beban kepale =="
Thursday, November 10, 2011
11.11.11
101111
cam satu kod rahsia binari..
esok lagi best
111111
mungkin akan ade pelampau teori konspirasi akan cakap esok kiamat lah ape lah kan..
heh.. rasullullah s.a.w pon tak tau bile tarikh exact..
kau pandai2.. suda2 la dengan ramalan kaum mayan kau..
tingkatkan ibadah.. berubah jadi baik..
kalau esok jadikan saat turning point kau pon boleh..
ni dok cakap pasal2 kiamat, pasal2 mati
tapi solat lengah2.. kapel peluk cium.. mak bapak dimaki hamun..
kesian~
hey.. kate mahu delete?
ntah.. cam kesian lak nak delete2..
*padahal takut nyesal sebab cerite2 banyak.. leh bace2 sambil tepuk dahi.. deyy aku ke tulis cite ni*
well.. bukan nak bebel beri tazkirah.. name pon peringatan.. beringat jela.. hidup bukan lama sangat pon.. hanya sebab seekor kucing melintas jalan pon bleh accident tau.. apetah lagi mati dalam tidur tatkala ngah mimpi dating ngan diana amir.. haha.. oke bleh gelak lagi.. tatau lah aku asek dok teringat diana amir yang cung melecung tu bertudung, nampak kat cover majalah kat family store aritu.. fuhh.. ustaz aku pernah pesan, kalau kau jumpe pasangan kau yang mase lepas die hitam, kalau die benar berubah menginsafi dosa lampau, present and future life yang matter skang.. bukan lagi kisah silam gelap tu.. so, sape yang nak selamatkan gadis2 artis yang dah berubah ni.. sure lah abang2 daei moden sekalian.. adik ni baru belajar, mebi mencari gadis2 yang dah stable sket ilmu agama.. balance2 leh guide.. hik3..
muka buku dan blog lebih selesa menjadi ruang berkawan2.. yep aku ramai gak berkawan thru medium ini.. mungkin kerana gaya pemalu supernova aku ini bile berhadapan menjadi suatu misteri yang menarik minat orang lain untuk berchatting atau berfesbuk dan berblog.. ahhaha.. yalah, kalau jumpa aku depan2.. sket men sombong.. even ade yang kate aku garang dengan muka ketat tak peduli.. nak wat camne kak, muke I memang camni.. tapi senyum manis taww.. hee.. :3
kadang2 terase nak gak lah kaannn bercinta muka buku ni.. nak gak rase letak in relationship with sape2.. hahaha.. actually saye bukan jenis suke papar relationship ngan sape2 kat fb.. sebab saye rase itu semua tidak perlu kalau hati sama hati adalah satu.. ahaha.. jadi lebih suka dibiar single, complicated, married, divorced.. mana satu.. dulu tukar2.. skang cam gedik je tukar2.. fb menjadi tempat add kawan2 baru untuk dingorat tapi sayangnya kalau aku add tu, kompem awek orang, tunang orang.. arghh.. so kepada lovers di luar sana, selamat berteknologi~
heyh.. sudah2 lah itu..
Thursday, October 6, 2011
bila takde keje
bismillah
assalamualaykum
disclaimer: post kali ini sekadar membidas idea2 atau listing dari blog terfaktab yang amat terkenal dengan posting2 cintan yang berkenaan LELAKI GRED F... tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.. apetah lagi nak menyinggung penulis post tersebut.. sekadar suke aku lah nak tulis~
singgah menyinggah blog terfaktab tu, aku terbaca listing supaya girls2 comel dan bajet comel luar sana patut elak beberapa kriteria lelaki yang digelar LELAKI GRED F.. seperti mana tahu, F amat sinonim dengan FAIL, bukan FARAH, bukan FAIZAH, bukan perkataan maki skalipun.. tapi yang amat mengguris hati lelaki sederhana seperti aku bile melihat listing ini sangat judgemental.. mari ulas2.. sebab aku pon takde keje di hari ini.. sume dah buat..
1. Berlagak single padahal dah ada teman wanita.
2. Tidak dapat memberi sepenuh komitment kepada kekasih hati sendiri.
3. Emosional mengalahkan perempuan sewaktu marah. Minta simpati orang ramai akan masalah yang dihadapinya. Cerita itu ini macam gempak untuk simpati orang. Attention seekers!
4. Pemikiran seperti kekanak ribena yang macam tak cukup menetek susu ibu semasa menangani masalah peribadi walaupun sudah bukan awal remaja.
5. Tidak pernah menghargai apa yang awek dia lakukan untuk dirinya. Hanya tahu complain apa yang tidak kena pada aweknya. Cuba belajar menghargai.
okeh.. berikut adalah sedikit kriteria yang dipetik dari post tersebut.. mari komen2:
1) Ramai lelaki yang digelar gred F sebab berlagak single tapi da ade awek.. pada hemat saya (skema) kenyataan dibuat daripada sikap skeptikal wanita. lantaran bersikap prejudis kepada teman lelaki anda, anda menggelar lelaki ini sebagai gred F.. awek2 comel sekalian harus sedia maklum, hatta ayah anda sekalipun mahu terasa muda dan sedikit2 menggatal sehingga membawa kepada lagak orang bujang.. adakah anda perasan? so adakah ayah anda seorang lelaki gred F? sikap natural lelaki sebagai hunter, menyebabkan beliau bersikap acuh tak acuh malahan berlagak seperti seorang single, walhal ade awek.. ini adalah kerana beliau mahu menguji kesenangan awek comel lain untuk bersaing dengan awek beliau supaya makin teserlah best things out from awek beliau. semestinya dihati beliau sememangnya hanya ada anda sorang saje.. yeeha.. make sense right. so jangan skeptikal.. lelaki memang camtu
2) Bicara soal komitmen.. adakah itu silap sebelah pihak lelaki sahaja sehingga anda menggredkan mereka F? cuba lihat komitmen anda pula kepada lelaki.. siapa yang paling awal ke tempat bertemu, siapa yang tunggu dalam kereta tatkala mahu menjemput anda sedangkan anda baru nak terkial2 mengenakan mekap dan tudung ana takjima anda tu (rimas oke).. hurgh.. so macam mana seorang yang tak komit sekomitnya boleh menggelar lelaki tak komit sepenuh hati? walhal beliau sanggup menempuh wajah ayahanda anda yang garang macam sarjan misai untuk memintak permission, walhal anda tak sekelumit ingat pun nak berkawan dengan ummi lelaki anda yang seredup ayu tenang Prof Muhayah Dari Mata Ke Hati di astro Oasis itu~ anda komited sangat lah kan! huhhh!
3) Emosi. satu kata adjektif yang sangat mudah tersembur dikala berlaku pertelingkahan dalam perhubungan.. lelaki selalunya dikaitkan dengan terlebih emosi bila marah.. heh mestilah emosi bile marah, takkan lak senyum ketupat benyek time ngah marah sebab awak lambat kua rumah, saye tunggu 2 jam dah?! sememangnya banyak nasihat supaya kita mengawal kesabaran.. but kadangkala, emosi mampu membenam iman pasangan anda walaupun dahi pasangan anda jenis hitam dek banyak sujud.. so emosi sebab ape? sebab perangai anda lah jugak kan.. or maybe lelaki anda tu ade masalah sampingan yang die takmau share dengan anda sebab die nak jaga anda punye rupa, jangan dok kerut sama macam die memikirkan masalah.. lelaki kerut tape, makin kerut makin macho.. perempuan kerut?? AWHHHH! berkenaan attention seekers, dok jaja cerita mana pi lah suma tu.. statistik menunjukkan, lelaki lebih suka memendam rasa daripada bercerita sana sini meminta perhatian.. sedangkan wanita akan menjaja lebih cerita kat BFF anda sekalian.. yep.. tak menolak sangkaan lelaki pun ade naluri nak sharing cerita, mostly kepada kawan2 wanita mereka yang lain, sekadar mendapatkan pandangan.. pasni nak pujuk camna.. the reason why dok cite kat awek2, eh kawan2 pempuan yang lain adalah kerana, kalau cite kat lelaki, kompem side lelaki soh break cari len.. tapi bile cite2 kat awek, eh lagi kawan pompuan len korang lak cemburu buta.. see, sape lagi emosi skang.. gaduh remeh temeh merajuk cam hape... see lelaki, gaduh sket, sok tu da pujuk blek.. ye abang salah.. deng! itu lagi korang gelar gred F???
4) Berkenaan childishness memang wujud dalam sanubari lelaki.. kadang2 aku pon rimas tengok.. tapi dalam kekalutan inilah sepatutnya korang melengkapkan jiwa beliau lelaki dengan bertindak seperti wanita pilihan.. tenang dalam semua perkara.. kalau korang pun melatah, problem yang sikit pun akan jadilah besar.. sememangnya masalah peribadi adalah sangat sukar untuk ditangani.. korang tak kena, memang lah korang cakap senang bawak bersabar.. cuba korang kena, tak menitis air mata, jangan panggil aku hensem.. sebab masalah pribadi adalah king of segala masalah.. masalah duit leh setel, masalah fail add math leh push study, masalah tak dapat interview keje leh shoot CV kat kampeni len.. but masalah peribadi, ya peribadi, so watpe aku nak explain, peribadi kot! itu adalah masalah yang rumit tumit.. kadang2 lelaki boleh terbawak2, so anda lah awek2 comel kiut yang declare nak idup susah senang, nak jadi rusuk kiri lelaki lah ape lah.. stay calm and cool.. baru la lelaki sayang gile kat korang.. ni timbul masalah sket, korang cabut.. pastu gred2 kan orang F plak.. heyyyyhhh
5) Menghargai.. macam mana korang menilai suatu penghargaan.. kadangkala suatu komen dan komplen itu adalah satu bentuk penghargaan sebenarnya.. cube korang masak untuk lelaki anda yang hensem2 tu, pastu die loloh masuk tekak pastu tak komen tak komplain kurang rase ke, masin sangat ke.. pastu die wat cungkil gigi and cucuh rokok tanda puas. korang nilai itu sebagai ape? sebaliknye kalau awek2 kiut luar sana masakkan untuk aku, kompem aku bagi das2 komen either membina atau bergurau jenaka kutuk2.. adalah semata menghargai masakan.. selepas burpppp alhamdulillah, maka adalah itu suatu pujian.. tapi korang yang emosi lebey, kene drop sket kutuk sket dah melatah kate lelaki korang tak menghargai.. heypp.. korang tunjuk cara ke menghargai ke lelaki korang yang sanggup makan megi semata2 nak isi tabung adiahkan teddy bear atau kad untuk anda atau menyediakan belanja time dating dengan anda? sekadar kate2 terima kasih jek kan.. lepas tu buat gedik2 bajet manja bajet kiut depan kami lelaki2.. huh.. pastu kami tak layan gedik2 anda tu, anda cakap kami tak menghargai.. so gred F.. humpphhhh
kesimpulan: bila anda menilai lelaki anda dengan penilaian yang berat sebelah, anda adalah tidak bersyukur dengan apa yang lelaki anda ade.. so jangan lah cakap yang anda sejenis girl comel yang menerima seadanya lelaki anda.. sebab anda PENIPU! menipu diri anda.. dah la demand nak lelaki cam lee min ho.. muke anda jerawat kelip2 tak sudah, bile lelaki anda nasihat kan anda soh wat facial, anda merungut kate tak terime seadanya.. haihh..
good quotation yang aku dapat time jalan2 fb: some girls claim they want a good guy, but when they meet one, they said he is "just a friend". then they fall for a player and get their heart broken, then they have the nerve to say "all guys are the same"~ so cermin besar ade, tengok diri sendiri macam mana~
Saturday, September 17, 2011
okayh fine
hey2. mungkin ramai yang bakar aku secara senyap dengan kenyataan aku couple tu aku tak larang dalam post sebelum ni.. well u see, tengok mak ayah kite, dizaman retro.. dorang pon da couple2 woy.. jangan percaya sangat bile mak ayah kite kate, dulu tok nenek jodohkan, tak tengok muke, pastu kawen je.. bercinta lepas kawen.. oh LIE!
kalau tak masakan ade panggung wayang chatay kat tepi sungai melaka? apetah lagi scene taman bunga.. dan even kalau mak ayah kite graduan, dating hujung minggu, shopping kat pertama complex.. men kejar2 kat kampus nek basikal dan len2.. hahaha.. so pade pandangan aku, ye couple memang drag kepade bende2 haram.. but, mak ayah kite tahu2 juge jaga diri.. kite je asal couple nak kene pegang2 pinggang dan bla bla bla.. sume salahkan pengaruh barat.. tapi tak sedar sebenarnye dari mana asal kite tumbuh itu jugak yang membentuk kite.. so, itu yang aku maksudkan aku tak larang nak bercinta.. tapi jaga2 lah.. sebab tu fitrah.. cube aku larang ko makan, ko memberontak lah kan~
pernah aku terbaca komen seorang kenalan, bile ade status fesbook cakap geli or tak suka laa tengok gelagat anak muda kat downtown tetengah pagi buta pegang2 tangan.. die pun komen laa dengan cakap zaman skang ni malu dah tak ade dalam diri anak muda hadapan orang ramai, macam mane plak nak rase malu depan khalik dan bla bla bla.. penuh islamic.. but at the same time, one of the family member kenalan ni, dok kua dating ngan couple die ntah mane2, amek2 gamba letak kat fesbook.. bagi serata kawan, kenalan die tengok.. tak rase malu gak lah kan biar orang ramai, or kawan2 die tengok gambar family member die ni yang beraksi dengan couple die tu.. haih.. sebab tu aku suke untuk remind diri sendiri dan orang ramai, dosa dengan tuhan itu, kite kene jage sendiri.. jangan dok kepoh orang punye dosa.. kite nasihat boleh, tapi cakap2 yang macam bagus tu aku kureng sket laa, renung2 lah sendiri~
well.. hope pe yang aku sampaikan mencapai konklusi..
1) aku tak kate couple tu boleh.. but aku tak nak cakap tak boleh.. semua bergantung kepade kawalan kendiri masing2.. iman masing2.. orang luar sekadar boleh nasihat.. jangan menghukum..
2) dosa pahala tuhan tentukan.. jangan ingat kite buat baik, pahala kite dapat.. belum tentu.. mungkin ada laa sket pahala niat bek, tapi tetibe terbuat dosa riak takbur ujub.. how about that? ape pon, doa untuk hati berbolak balik ade je rujukan.. so jaga lah sendiri.. dan ada pun kita berdosa, mungkin kite ade laa hukuman menanti, tapi taubat itu mudah dengan hanye perlu sesalan and doa.. sebab tuhan maha pengampun.. Dia tak sama macam manusia, kalau minta ampun, sok buat blek kita manusia tak leh terima.. but Allah the Merciful.. ko minta ampun, buat dosa, minta ampun, buat blek sampai nyawa kau putus, Allah tetap penuh rahmat menerima taubat kau.. jadi jangan despair, jangan putus asa..
3) sesape readers yang bace post2 aku, and judge aku sesuka hati.. tak pe lah.. itu yang terpaksa ditanggung kan sebagai penulis.. kite kene tanggung ape yang ditulis.. aku sekadar menyampaikan.. supaya kite tak narrow minded.. asal cakap couple je, kau label sinners.. kalau kau baik, kau tak couple.. wah itu mulia sangat.. dan aku belum pernah jumpe, lelaki atau wanita yang straight tak rase tertarik bile melihat lawan jantinanye.. jadi kau pun sinners! jangan label2 orang.. kite sendiri pun tak sempurna.. kadang kite je tak sedar dosa kite sebab kite terase diri kite cam bagus sangat dah.. humm.. itu je~
Apa yang aku leh nak nasihat kan korang dari pengalaman aku yang da terlanjur bercouple or bercinta dulu, kalau dalam trouble nak fix perhubungan tu ade pelbagai cara, dari cara psikologi (berbincang dari hati ke hati), minta advice orang, sampailah cara spiritual (doa-doa, sembahyang). Yang paling penting lepas semua tu selesai, he said, she said, he forgive, she forgive, everybody moved on. Tak ada siapa ungkit pasal krisis tu. And you two grow stronger than ever..
Tu la kita, time couple ni kalau krisis sikit je pun dah give up kata "ah takde harapan dah ni...mungkin berpisah lebih baik," padahal bergaduh benda yang merepek-repek (petty arguments) yang cuma dibakar oleh ego. Like a saying, petty arguments are common, just make sure nobody gets hurt from it, bergaduh tu biasa. Tapi pastikan gaduh tu diselesaikan cara baik.
huuhuu.. seyesly ape yang tertulis kat blog aku ni sekadar sharing, dari pengalam hidup yang sikit.. yang adventurous tu simpan untuk tatapan aku dan orang2 tersayang je.. yang mane perlu, aku share lah untuk korang2.. sekali lagi mahu diingatkan.. bersangka baik lah pada manusia.. tapi beware jugak yep, kang ade yang mengambil kesempatan.. take care guys..
dua bulan ak mengenalimu
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita dinikahi karena empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
begitulah pesanan Rasulullah S.A.W kepade kite dalam mencari teman hidup.. pada aku this also can be applied for girls to find her future husband.. sebagai panduan.. kan.. tak salah kan..
once my ustaz said, kalau kite cari kerana rupa, kite akan diuji atau dibebankan dengan rupa.. situationnye adelah bile kite dapat pasangan cantik, nanti kite jeles kat pasangan kite, tak pon pasangan kite akan jadi seorang yang beauty freak.. nak mekap sana sini, nak pakai lotion mahal2.. perfume padu2.. kan.. takut gak bile dengar, tapi takleh ke nak cari yang cantik? aku bertanye kepada ustaz.. and die menjawab dengan penuh hikmah dengan menunjukkan pokok rambutan yang rimbun lalu berpesan, kamu tengok buah tu, merah, kamu yakin ke isinye sedap manis? aku menjawab dengan penuh keyakinan, yelah aku kan konfiden, ye laa.. mesti la manis.. ustaz senyum dan kate cube kopek, lalu aku kopek and rase la buah tu.. manis laa.. ade point nak sental pandangan ustaz, tapi isi die jenis yg melekat kat bijik.. ntah ape istilah die, aku panggil latah.. rambutan yang tak lerai pejal isi die tu, lembik je.. laju2 nak bahan ustaz, die pon berkate, kan susah nak makan kan.. terselit kat gigi kan.. walaupun manis.. heheh aku senyum.. bile aku dapat menangkap maksud tersirat itu.. so sok aku rembat rambutan kuning pulak, isi die ranum.. walaupun ade tompok2 itam yang cam kotor2 tu.. lalu aku share kat korang ni..
manusia, di jadikan dengan rupa yang pelbagai.. cantik manis, sepet, itam, putih.. tapi harus kite ingat, kecantikan yang terzahir dari dalam itu lebey bermakna.. pernah ke korang pandang sorang tu, walaupun tak bape laa ensem, dengan muka compang camping dek jerawat, tapi korang rase tenang and ensem gak laa leh tahan.. (oke, bukan nak kate puji aku oke! ni example orang tua2 cakap).. hahha.. tulah.. aku pernah, tengok awek tu takde laa cantik, but kebaikan budinye membuatkan aku rase die cantik.. yeah.. sori.. mata i gatal sket~
next point, keturunan dan kedudukan.. ini sangat penting.. aku selalu remind any kawan girl yang nak know me better, tengok pade keturunan and kedudukan aku seorang pacar hina.. sebab kadang2 people cannot adapt to some other people background and history.. contoh.. ko datang dari family yang ramai, then dapat boyfie or girlfie yang anak tunggal.. possibility tahap kekurangan subur tu ade, pastu mak ayah korang mula la sok sek sok sek blakang.. jadi nanti senak ati perut kawan ko tu.. kan.. adakalanye people can be open, tapi adekalanye tak.. apetah lagi background orang2 yang hina cam aku ni kan.. yeuhh.. asek kate hina je.. heheh. yelah, bukan sapa2.. hanye budak kampung dok kat ceruk masjid tanah.. itu aku.. ye!
dan point paling bermakna, kerana agama.. yep susah.. seyes susah nak jumpe yang betul2 berpegang kepade prinsip fillah ini.. jarang sangat sangat sangat sangat sangat sangat untuk jumpe orang yang bertemu fillah.. kerana Allah.. heyh aku tanye ko sket, ko couple itu ko kate kerana Allah? hahahha aku gelak.. couple fillah~ cetek sungguh ideology konon islami.. to be honest, aku tak larang langsung sape2 nak couple, even anak aku sendiri nanti, sebab taleh larang fitrah manusia.. len la kalu tetibe anak aku lelaki suke kat lelaki.. tu kene lah halang.. luar tabii tu.. but couple is not the way u can project towards God.. jangan cakap ko couple ko jadi baik.. jarang sangat sangat sangat sangat sangat sangat... please.. jangan cakap.. soal dosa pahala, itu sesama kau dengan tuhan.. bagi aku satu prinsip, dosa jenayah dan dosa dengan tuhan.. dosa jenayah cam membunuh, merompak, merogol, makan riba.. itu jenayah.. so ade hukuman dari tuhan dan manusia..
tapi dosa couple, dating pegang tangan, kissing, even zina and minum arak.. itu dosa dengan tuhan.. tak layak bagi sesape pon menghukum, selagi tak cukup syarat bagi dosa yang ade hukuman hudud.. sebaliknye tuhan saja sebaik hakim.. kite manusia hanya mampu mencegah.. dan untuk golongan a'si ini, bertaubatlah kerana setinggi mana dosa hambaNya, rahmat pengampunanNya lebih tinggi.. mungkin aku tak cukup layak menerangkan dengan lebih lanjut.. sebab kredibiliti tak cukup.. apetah lagi aku jugak pernah terjerumus dalam kancah sama ini.. oke, saye tak bangga langsung!
berbalik memilih pasangan beragama.. aku suka contohkan puan wardina safiyah.. that is a role model.. dari zaman jahil, berubah kepada lebih baik.. lalu untung la suami beliau yang dapat dirinya yang beragama, cantik, dan pandai.. yep2.. hehehe.. so itu saja konklusi.. kerana hidup ini mudah selagi kite ikut syariat.. kadang2 terpesong jugak, tapi sempat lagi kembali ke pangkal jalan..
tatapilah lagu ini sket, sebab rini mode sedih, kerana akan terpisah dengan seseorang yang banyak membantu, merubah, memberi pengajaran kepada aku.. hanya mampu membuat dia gembira dengan sedikit luangan masa bsamanya.. supaya dia kuat menjalani hidup2 bersisa.. doa aku, agar aku tak dilupakan sebagaimana ada insan yang dah jadi sebahagian hidup aku dulu melupakan aku.. moga persahabatan, kenalan ini menjadikan kite insan yang lebih baik.. insyaAllah~la tahzan innallah ma'ana
notadive : jg dive utk sy. sy nk awk tahu sy syg awk