"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan."


Wednesday, February 2, 2011

sharing nasihat buat lelaki

yaw.. cam lame diam kan
senyap je blog...
apetah lagi takde yang sudi nak komen2..
sedey woh
tapi tape..
hidup masih indah
masih ada senyum..

sejenak nasihat buat insan bergelar lelaki~

Blue, suatu istilah yang tak perlu diperkenal lagi. Ianya cukup sinonim dengan kaum lelaki pada masa kini. Mereka tidak kira pelajar sekolah, kolej dan universiti, baik penganggur dan pekerja awam, kesemuanya pasti cukup mengenalinya.Lelaki dan couple

Mereka yang terjebak dengan blue, pasti akan ber’couple’. Ini bukanlah suatu perkara yang memelikkan kerana bagi mereka, menonton blue sahaja tidak mencukupi. Menonton blue bagaikan menagih dadah seperti yang dikatakan sebelum ini. Pada mulanya mereka melihat gambar, kemudian menonton video, dan akhirnya sudah tiba masanya untuk mencari seseorang untuk dijadikan ‘kambing hitam’. Setelah berlaku declaration, maka bermulalah pemasangan strategi-strategi oleh mereka ini. Apabila mereka berdepan dengan couple mereka, mereka cuba mengimbas kembali aksi-aksi di dalam video blue yang ditonton tadi, cuma kali ini wataknya cuba dikaitkan dengan pasangannya itu. Dan sekali lagi, bayangan mereka ini masih belum memenuhi kehendak nafsu mereka lagi.

Pada zahirnya, kaum lelaki tampak seorang yang mengambil berat, sering bertanya khabar, memuji-muji kaum hawa supaya dapat meruntum jiwa mereka. Mereka akan berlakon watak ‘lelaki paling baik di dunia’ dan ianya memang terbukti berjaya. Tidak hairanlah apabila ditanya pada kebanyakan para wanita diluar sana, masing-masing mengaku memperoleh pasangan couple terbaik dan kononnya tiada lagi lelaki lain yang dapat menandingi pasangan mereka itu. Bagi lelaki tersebut, tidak kira gelaran ‘baik’ diperoleh atau tidak, mindset mereka memang sudah ditetapkan sejak awal-awal lagi dan misi mereka harus dicapai secepat mungkin. Mereka cuba mencuba sehingga apabila berjaya menguasai perasaan pasangan mereka, maka bertindaklah mereka! Setelah habis diperalat, dikatakan telah puas, maka ditinggallah kaum wanita yang malang tadi. Jika kaum wanita itu ‘bernasib baik’, sampailah mereka ke jinjang pelamin walaupon telah dipalit dengan aksi-aksi yang menjijikan tadi . Dan kita pula terpedaya dengan 'kebahagian' pasangan couple itu.


“Ala... baru sahaja pandangan pertama, rilekslah... tak berdosa pon”. Itulah kata-kata mereka dengan tersengih-sengih memerhatikan kelibat tubuh wanita yang dipandangnya. Langsung tidak mengalih pandangan mereka samaada pandangan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Ternyata selepas itu mereka dihimpit bayangan jijik yang membuak-buak di pemikiran mereka dan seterusnya terpaksa mencari blue untuk menuruti ketuhanan nafsu mereka. Inilah akibatnya apabila hukum hakam tuhan pada mulanya dibuat gurauan, akhirnya memakan diri.


dan itu saja sampukan kali ini
hati kene buat ceria..
puas dah idup berduka..
kalau tade yang sudi nak kongsi..
aku pon tamau kongsi..by the way, aku kesian sangat dengan sorang minah ni..
baru clash balak 1, couple balak 2..
then clash balak 2.. in relationship balak 3..
urghhh.. so cheap what you call love..
have a life la girl,aku yang single ni nak tolong, ko jual mahal.. tau la i tak ensem.. hahah..
sorry.. bit emotional.. but, always pray for you my friend, lets make a change~
tukar2 couple ape dapat.. hilang seri dah..
berkawan baik lagi best haaa..
baru suwit~ hahaha teeetttt


memang tak nafi gak, when u have declared nak couple, cinta korang bagi 100% sampai kadang body terbagi.. what i was saying, based on my past experience, nasihat buat adik2..

ISLAM tertegak dengan 5 rukun,
JANGAN TAMBAH JANGAN KURANG,
IMAN tertegak dengan 6 rukun,
JANGAN TAMBAH JANGAN KURANG,
HALAL HARAM tertulis,
JANGAN PESONGKAN..

ape2 pun, diri yang penuh dosa, repent.. Taubat.. titis air mata taubat mampu padam api neraka.. biar orang cakap, lu nasihat orang tak supa bikin.. biar orang cakap, watpe nak expose dosa kat orang, sebab bila niat amar makruf nahi mungkar tak salah expose dosa sebagai pengajaran.. ape nak takut.. ape nak malu.. malu dengan tuhan je sebab die yang nampak korang wat dosa.. tangiskan lah setiap hari atas dosa2, sesungguhnya air mata sesal dan ingat mati, melembutkan hati ~




(Bukan semua lelaki adalah bersifat sedemikian seperti yang diceritakan di atas. Namun untuk mencari lelaki yang bukan bersifat demikian adalah sangat sukar pada masa kini)

sekian utk renungan bersama~ >.<



notautkkongsi : aku pun wat silap tu dulu.. so if sedar, make a move dudes...

3 comments: